facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Issh..Tiba2 Rasa Pelik .Gadis Ini Diintai Dari Tingkap Kayu. Apa Yg Terjadi Seterusnya Buat Rasa SERAM !!!

Pengalaman ini terjadi 7 tahun lepas. Ketika itu, aku sedang menunggu ayah mengambil aku dari asrama. Selepas itu,kami singgah di rumah kakak. Pada ketika itu, agak lewat malam.
Kemudian aku, masuk kedalam bilik kakak. Tiba2 sesuatu telah berlaku...

Gambar Hiasan
Issh..Tiba2 Rasa Pelik .Gadis Ini Diintai Dari Ruang Tangga. Apa Yg Terjadi Seterusnya Buat Rasa SERAM !!! | Benda ni terjadi pada tahun 2010, di kemaman terengganu. Dan umur aku pada masa tu 10 tahun. kejadian ni masih segar legar didalam ingatan aku.

Dimana tanda tanya dan segala persoalanan ingin tahu membuak2 tu menjadi misteri hingga ke hari ni.
Masa tu abah aku ajak aku pergi umah kawan dia sekejap, aku panggil pakmat je lah, Aku pun ikut je la. kebetulan masa tu anak pak mat balik dari asrama do adalah jugak teman aku nak bermain sambil tunggu abah aku sembang2 dengan pak mat.
Pakmat ni ketagih air ketum,(jangan pulak korang kata abah aku ketagih jugak?! No ok., abah aku nak ambil barang je masa tu)
Masa sampai je kat lorong nak gi umah pakmat tu. Kena turun tangga dulu sebab umah pakmat ni bawah bukit, sebelum nak turun tangga menuju lorong kenaa lepasi sebuah rumah dulu.
Masa aku turun tu abah aku duk dibelakang, aku jalan laju kedepan sebab excited punya pasal sebab lama tak jumpa anak pak mat,aku panggil kak min.
Tapi excited aku bertukar takut sekelip mata. Dimana masa tu didepan aku dalam jarak 20 langkah dari umah Pakmat aku nampak samar2 mata kemerahan disebalik semak2 tu. Dah la gelap gelita hanya ditemani torchlight phone nokia 3310 abah aku je. Dalam samar2 tu aku boleh nampak mata merah tu seakan mengjegil kan matanya tanda marah.
Aku tak nampak pun badan makhluk tu
Aku just nampak mata sahaja, pastu aku pun dalam keadaan seram campur takut tu Uturn smula kat abah aku yang masih nun jauh ditinggal dek aku. Padahal dekat dah pun.
Sampai je kat abah aku, abah aku tanya ” ni kenapa patah balik ni dah dekat dah pun?”
Dan aku bagi alasan ..”tak ada apa pun, saja nak turun sekali ngan abah sian abah”.
Abah aku terkekek kecil sambil ditemani suara sumbang cengkerik berzikir. Sampai je, aku ketuk pintu kuat2 sampai nak roboh pintu lama tu akibat diketuk kuat oleh aku..sebab aku nak masuk cepat2.
Aku dan abah aku pun masuk. Usai bersalaman dengan pakmat.
Aku bertanya kat pak mat “pakmat,kak min mana?”
Pak mat pun bagithu.”ada nu hah kat dalam bilik tengah siap kan kerja sekolah, pergi la kat kakak”.
Tanpa menunggu panjang aku pun berlalu pergi ke bilik kakmin yang bersebelahan dapur.
“Assalamualaikum kak min”. Aku memberi salam. Kak min pun dengan pantas dijawab salamku.
” walaikumsalm la adik fa rupanya, meh masuk”
Jemput kak min.
Aku pun masuk, kebetulan kak min ada bela hamster 2 ekor. Dah la hamster aku minat gila hahahh so aku pun main ngan hamster kak min yg diberi nama koko dan nana,Sementara menunggu abah aku tengah rancak bersembang ngan pakmat. Dalam beberapa minit kemudia sambil aku berbual kosong dengan kak min,Aku terdengar seperti orang berjalan di atar rumput kering. Di belakang rumah.
“Sherek..shrek….”
Aku terdiam seketika dan aku melihat kak min tengah ralit menyiapkan kerja sekolah bagai tiada apa yang berlaku. Lalu aku menegur kak min.
“Kak min, psst…kak min ada dengar tak?”. Soal ku. Lalu dengan pantas kak min memandang ku dan menunjuk kan isyarat supaya aku diam.
Dalam beberapa minit kemudian bunyi tu hilang.
Pastu aku nampak mulut kak min terkumat kamit sambil memandang ke arah tingkap kayu yang bila2 masa saje akan reput dimakan dek anai2.
Aku hanya mendiam kan diri. Tengah aku layan si hamster koko dan nana tadi kak min bersuara.
” adik jangan takut la mende tadi, tak ada apa pun.” sambil tersenyum sinis. Lalu ku menyoal sekali lagi. “apa benda tadi tu kak?”.
” biarlah rahsia” jawab kak min tanpa memandang ke arah aku yang tengah menunggu jawapan.lalu aku batalkan niat ku utk bertanya, dan aku pun capai makanan hamster lalu diletak kan dalam bekas makanan yang disediakan. Dalam beberapa minit kemudian Terdengar suara abah aku memanggil2 nama aku tanda ingin mngajak aku balik. Aku pun keluar dari bilik bersama kak min menuju ke ruang tamu. Usai bersalaman dengan pak mat dan kakmin, tanpa menunggu abah aku, aku
terus berlari menaiki anak tangga sambil terlompat lompat supaya cepat sampai di kereta.
Sementara menunggu abah aku dikereta. Baru aku teringat pasal kejadian tadi. “Mungkin bunyi tu ada kaitan dengan makhluk bermata merah tadi”. Bisik ku sendirian.
Keesokan hari, aku berjumpa dengan kak min di kedai runcit. Tanpa banyak soal aku terus bertanya pasal kejadian semalam tapi dia tidak ingin memberitahu aku walaupun di desak beberapa kali oleh aku. Aku pun tanpa banyak cakap aku batal kan niat aku itu. Dan selepas akj bersalaman dengan kak min aku pun beredar pergi.
Dan pada tahun 2015,aku berpindah ke kelantan. Lepas dari tu aku tidak menerima lagi kabar berita dari pak mat dan kak min…
Persoalan tu menjadi misteri hingga ke hari ini.
Sampai disini sahaja la dulu cerita ni. Aku rasa tak ada lah panjang sangat pun cerita aku ni.Maaf andai cerita aku tak best dan tak seseram mana. Aku cuma ingin berkongsi tentang pengalaman aku sahaja. Banyak lagi pengalama2 aku…kalau ada masa insyallah aku akan kongsikan cerita ” teluk berpenunggu ditengah pasir pantai”.
Dan aku nak mintak maaf la kalau cerita aku ni tak best dan ayat yang berterabur, atau tak seram. Aku bukan pandai sangat nak mengarang macam writer terkenal lain2 sekadar ingin kongsikan pengalaman.
Nasihat aku kat sini, bukan kita sahaja yang berada dalam dunia ni . ada lagi makhluk lain ya g tinggal dimuka bumi ini yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, dan bagi yang hijabnya terbuka boleh la lihat benda2 ghaib ni. Tapi aku harap sangaf hijab ku tak terbuka ,seram siot ahhha..
Sumber : NFA90


0 Response to "Issh..Tiba2 Rasa Pelik .Gadis Ini Diintai Dari Tingkap Kayu. Apa Yg Terjadi Seterusnya Buat Rasa SERAM !!!"

Post a Comment