facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa Aku Yang Kena??

"Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa Aku Yang Kena??" Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
Kakak ini datang ke hospital untuk buat pemeriksaan, dia sangat gembira cerita tentang hal keluarganya. Aku ambil keputusan pemeriksaannya dari Doktor, alangkah terkejutnya aku keputusan itu tertulis...................................




Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!! | Aku student fourth year medcine di sebuah universiti. Sebagai medical student, most of the time, kami banyak luangkan masa di hospital bersama pesakit dan doktor. Apa yang best berkepit dengan professor aku, lagi lama mereka berkhidmat, lagi banyak cerita yang mereka kongsikan. Aku pula jenis yang suka mendengar cerita orang, jadi memang kena sangatlah.
Nak dijadikan cerita, aku tengah berkepit dengan doktor bedah di dalam bilik doktor, menanti pesakit datang. Selepas beberapa ketika, datang seorang perempuan kurus lingkungan umur 30’an dengan seorang lelaki, suami dia, masuk ke bilik.
Temah (nama samaran), datang ke hospital sebab asyik sesak nafas dan batuk tak berhenti-henti. Lambat juga dia datang ke hospital. Katanya sebelum ini dia hanya mengambil ubat batuk yang dibeli dari farmasi sahaja. Dia juga telah pergi ke bahagian general medicine, tetapi tiada perubahan. Oleh itu, dia dirujuk ke bahagian Surgery.
Doktor periksa akak ini, ambil sample sana sini dan suruh pergi ambil x-ray. Aku perhatikan kakak ini, seriously sangat kurus.
Sambil menunggu keputusan laporan dari lab pesume, Temah berceritalah tentang cuti sekolah nanti, inshaAllah mereka sekeluarga nak bercuti. Dia cerita tentang anak-anak dia. Suami dia yang nampak kebosanan, tiba-tiba keluarkan rokok dari poket dan meminta izin untuk keluar sekejap.
Sampai saja laporan lengkap dari semua jabatan, aku tengok fail pesakit itu. Tertulis, Small Lung Cell Cancer Stage IIIB.
“Ya Allah! Kanser dia dah advanced!”
Doktor cuba sampaikan berita yang dia menghidap kanser tersebut. Kakak itu terdiam seketika dan kemudian terus menangis di depan kami. Aku terkedu pada masa itu, tak tahu nak buat apa. Doktor cuba tenangkan dia tetapi dia tidak berhenti menangis.
“Apa salah saya sampai kena macam ni?”
Sebak hati ini melihat dia menangis. Ikutkan hati, aku pun mahu menangis sama.
“Saya solat 5 waktu seperti muslim yang lain, tak pernah lawan cakap mak ayah dan suami. Kenapa saya yang kena? Anak-anak saya nanti macam mana?”
Bunyi dia macam terus hilang harapan walaupun belum mula treatment lagi. Doktor hanya mendengar saja luahan hati dia sampailah dia habis meraung dalam bilik itu. Suami dia? Masih merokok di parking lot hospital gamaknya.
Bila dia dah balik dengan mata bengkak, doktor terus pusing pada aku dan kata, dia kasihan dengan orang baik seperti itu.

0 Response to "Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa Aku Yang Kena??"

Post a Comment